Tuesday, 31 May 2016

siapa kita??

“ Ann, jom breakfast. Saya dah buatkan nasi goreng untuk awak “, Aisyah tersenyum ke arah housemate baharunya yang sempat berkenalan nama sahaja. Aisyah terpaksa menyewa di rumah itu buat sementara waktu untuk sepanjang tempoh intern di sebuah syarikat pemasaran.
Ann tidak membalas sebarang perkataan mahu pun tindakan malah terus keluar dari pintu utama.
Aisyah binggung sendirian.

“Mungkin sebab hari ni hari pertama aku kot kat rumah ni. insha Allah nanti okay la kot “, Aisyah cuba bersangka baik.

                                                                                     ***

Aisyah duduk di ruang tamu bersama housemates yang lain. Hampir sebulan setengah Aisyah menyewa di situ. Hubungannya dengan housemates nya juga semakin erat. Namun, Aisyah masih belum dapat duduk bersembang dengan Ann. Siapa Ann tu juga dia tidak tahu.

“Boleh saya tahu, siapa Ann tu yang sebenarnya? Kenapa saya tengok setiap hari dia akan keluar dan akan pulang lambat? “, hatinya beria-ia ingin mengenali gadis itu.

“Oh, Ann tu sebenarnya masih belajar di universiti berdekatan. Mungkin la sebab tu dia sering tak ada kat rumah “, Atiqah bersuara.

“Nama sebenar dia Nur Annariza. Dia asal Kuala Lumpur ni je. Tapi tak pasti pulak kat mana. Dia anak tunggal. Ayah dia CEO di syarikat yang awak intern sekarang. Mak dia pula accountant di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Selebihnya saya tak tahu la pulak. Tak sempat nak sembang panjang “, Hajar menyampuk.

“Indah namanya. Tapi sayang, dia islam namun sekali pun saya tak pernah nampak dia solat lagi-lagi waktu subuh dan apabila keluar, dia mengenakan pakaian yang kurang sopan, maaf untuk saya berkata demikian, tiada niat untuk memburukkannya “ Aisyah berasa sedikit terkilan mengenangkan umat islam hari ini.

***

Tok.. tok.. tok … [ Aisyah mengetuk pintu bilik Ann ]

“Assalamualaikum Ann. Saya Aisyah. Boleh saya masuk? “, sambil memulas tombol yang tidak berkunci.

Aisyah terkejut melihat Ann yang sedang menangis di bucu katil.

“Ya Allah, Ann awk kenapa ni? awak sakit ke? “, dengan pantas Aisyah memeluk tubuh yang lemah itu.

Ann masih mendiamkan diri. Hanya bunyi tangisan yang kedengaran. Aisyah masih cuba memujuk Ann sambil memberi kata-kata semangat buat Ann.

“Menangislah jika itu mampu menenangkan awak. Kalau awak nak cerita sesuatu kat saya, saya sudi mendengar”, Aisyah masih berharap untuk Ann menceritakan sesuatu.

Tidak lama kemudian, Ann cuba membuka mulut seperti ingin memberitahu sesuatu. Dia dalam keadaan memeluk tubuh sendiri tetiba memeluk erat Aisyah.

Classmates saya selalu kutuk saya. Dan hari ini dia orang cakap saya kafir disebabkan pemakaian dan aktiviti sosial saya yang bercanggah dengan islam. Saya seorang muslim tapi saya mengaku saya langsung tidak berpelaku seperti seorang muslim. Saya dedah aurat, saya tinggal solat, saya derhaka kat mak ayah saya, saya hina dan benci orang yang cuba nasihatkan saya untuk bawa saya kembali ke pangkal jalan”, tangisan Ann makin melaju.

Aisyah memeluk Ann makin erat. Kelihatan Ann keletihan. Aisyah menarik tangan Ann ke atas katil.

“Ann, awak rehat dulu yea.. pulihkan tenaga awak. Petang nanti saya bawakan minuman petang untuk awak”, perwatakan Aisyah menampakkan dia seorang yang penyayang.

***

“Assalamualaikum princess. Sudah bangunkah kamu?”, Aisyah ibarat pari-pari dalam cerita dongeng membawa minuman petang dengan riang kepada Ann.

Ann mengesat matanya yang baru bangun dari tidurnya. Kelihatannya Ann lebih bertenaga. Dia melemparkan senyuman apabila melihat Aisyah membuka pintu biliknya.

“Akak ni baik la sedangkan selama ni saya tak pernah tegur akak. Saya tak pernah dilayan sebegini walaupun oleh parents saya sendiri. Mereka sibuk dengan kerja masing-masing sampai mengabaikan kasih sayang untuk saya. Saya tak pernah dididik untuk solat, menutup aurat dan semua lah”, Ann berasa amat sedih dengan kehidupannya.

“Dah, tak mau la sedih-sedih. Sekarang cuci muka, kita minum petang sesama”.  Sepanjang minum petang, Ann meluahkan segala rasa yang dipendam selama ini.

“Dah nak maghrib dah ni. jom siap-siap kita solat sama-sama”, dengan yakinnya Aisyah mengajak Ann untuk menunaikan solat maghrib berjemaah bersama dengan housemates yang lain juga.

“Tapi kak, saya dah lama tak solat. Saya lupa macam mana nak solat”, Ann sekali lagi menyatakan kelemahan dia sambil tertunduk malu.

“ Jangan risau dik. Tak apa, awak ikut je yea. Sebelum solat, saya ajarkan awak bacaan-bacaan yang awak perlu baca”, Ann tersenyum. Dengan bersemangat dan pantas, Ann membersihkan diri dan bersedia untuk menunaikan solat bersama-sama buat julung kalinya setelah ditinggalkan sejak sekolah rendah dahulu.

***

Seusai solat, Ann mengalirkan airmata terharu. Dia seperti mendapat suatu ketenangan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Semua tersenyum melihat Ann yang cuba berusaha untuk berubah.

“Siapa diri kita?”, Aisyah memulakan bicara.

Semua saling memandang each other sedikit bingung.

“Melayu..”

“Pelajar..”

“Anak..”

“Ya betul! Tapi yang paling tepat adalah kita ialah seorang muslim. Betapa sahabat-sahabat Rasulullah saw begitu izzah (bangga) untuk menyatakan diri mereka adalah muslim sedang masyarakat ketika itu meninggi-ninggikan soal perkauman. Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain dan harus saling menolong antara satu sama lain. Dan seorang muslim itu bukanlah disebabkan bangsa atau dilahirkan dalam keluarga yang sama tetapi seorang muslim tu akan bersaudara apabila kita mempunyai aqidah yang sama.”

Semua mengangguk tanda faham. Ann begitu fokus mendengar perkongsian daripada Aisyah yang mungkin selama ni dia tidak sedar akan hakikat sebagai seorang muslim.

“Kita boleh saksikan terhadap persaudaraan dan keimanan semasa Perang Badar. Ketika ini, Abu Ubaidah ibnu Jarrah mengalahkan ayah kandungnya sendiri. Abu Bakar As Siddiq pula mengejar anaknya Abdurrahman yang menjadi salah seorang tentera musyrikin. Manakala Mus’ab bin Umair menewaskan saudaranya Ubaid bin Umair. Hal ini demikian kerana mereka faham konsep muslim itu dan mereka memihak kepada siapa diri mereka sebenar iaitu sebagai seorang muslim yang bukan ditentukan oleh bangsa atau kekeluargaan dunia semata.”, Aisyah menyambung perkongsian dengan sepenuh hati.

“Terima kasih Aisyah, saya makin faham sekarang. Allah hanya melahirkan kita di dalam keluarga kita hanya sebagai perantaraan untuk kita lahir menjadi seorang muslim yang sebenar”, Atiqah mencelah.

Ann sekali lagi mengalirkan airmata terkenangkan keluarga dia yang tidak pernah ada masa untuk mengajar dia untuk menjadi muslim yang sebenar. Selama ini dia hanya belajar untuk solat ketika sekolah rendah sahaja itu pun sebab silibus pembelajaran. Aisyah mendekati Ann sambil menggenggam erat tangannya.

“ Tak apa Ann. Nanti Ann ajak la parents Ann untuk solat sama-sama yea. Okay lah, Isyak dah nak masuk ni. bolehlah kita ready untuk solat Isyak pula. Insha Allah. Siapa nak jadi imamah? Pahala..pahala..”, Aisyah tergelak kecil sambil mempelawa untuk sesiapa mengetuai solat Isyak.


***



Bersambung….

No comments:

Post a Comment